18.10.11

fiksyen #1

Cuaca tengahari di Sekolah Menengah Kampung Sawit Sebatang mengundang beberapa pelajar nakal menyelinap ke kantin untuk membeli air sirap sejuk bungkus untuk membasahkan tekak sementara pelajar lain di dalam kelas mengira setiap saat menunggu waktu pulang. Di meja bahagian tengah di barisan belakang sekali, Izwan dengan membaringkan kepalanya dia atas simpuhan tangannya termenung jauh entah apa yang difikirkan. Cikgu sejarah dihadapan kelas yang sedang bercerita mengarut apa tak diendahkan langsung. Izwan bukan macam ni. Selalunya, Izwan seorang yang periang selalu bising di dalam kelas sendiri dan kelas-kelas sebelah. Yang paling ketara perubahan emosi Izwan ialah dia tidak mengendahkan waktu subjek sejarah. Biasanya ligat Izwan menembakkan satu demi satu persoalan kepada cikgu sejarahnya. Tiba-tiba, "pop!" kapur yang dibaling Cikgu Abrahem yang disasarkan kepada Izwan terkena atas meja Usop, yang duduk disebelah Izwan. Usop yang sedang ligat menyiapkan nota Biology yang diselit senyap-senyap diantara buku sejarah terus melatah terperanjat. Izwan masih lagi baring tak berada di kelas. "Yusuf, awak kejutkan si Izwan tu," laung Cikgu Abrahem dari hadapan kelas. Usop yang risau aktivitinya akan diketahui cikgu pantas menepuk-nepuk bahu Izwan, mengejutkannya. Izwan tak layan. Cikgu Abrahem berjalan dari hadapan kelas menuju ke meja Izwan lalu mengetuk mejanya sambil menjerit, "Izwan!" Aku paling tak suka bila mana-mana cikgu buat macam tu. Boleh mati budak sakit jantung. Izwan yang terpinga-pinga tenang bangun dari lamunannya bertanya, "ya cikgu, boleh saya bantu?" "Awak pergi basuh muka awak dekat bilik air sekarang jugak, Izwan!" Izwan bangun dari kerusinya dan berkata, "tak, nama saya bukan Izwan lagi, saya Kassim! Saya dah fikir masak-masak, saya rasa ini bukan tempat saya, saya nak pindah sekolah!" Habis satu kelas terpinga-pinga bila Izwan terus melangkah keluar dari kelas. Usop terus mencapai bekas alat tulis Izwan untuk mengambil apa yang patut.

****
Belum habis semester pertama persekolahan, Izwan, yang kini Kassim, melangkah masuk ke sekolah barunya di negeri baru, di Pekan Satay. Kassim tak tahu apa yang dia dah jumpa dekat Pekan Satay tu, tapi kemana sahaja Kassim pergi, Kassim mesti balik ke Pekan Satay. Kalau orang tanya apa dia buat dekat Pekan Satay, ceritanya tak ada beza dengan apa orang kebiasan buat di tempat masing-masing. Bagi Kassim, Pekan Satay bukan sekadar ada sate yang sedap dan muzik yang menarik. Walaupun di Pekan Satay ada banyak rempit dan kotor, Kassim akan lepak di mamak bersama kawan-kawannya dan menarik nafas lega sambil berkata,
"ahh, aku sudah berada di rumah..."