26.10.11

Pre-launch (Projek Pekan Satay)

Pre-launch untuk Projek Pekan Satay secara tidak rasmi akan diadakan pada 5 November 2011 di Metro Kajang dari pukul 10 pagi sampai barai (6 petang mungkin). Korang boleh dapatkan info yang lebih lanjut pasal PPS kat sana nanti. Ada warga Kajang yang mahu mengambil bahagian dalam persembahan jalanan seperti persembahan akustik, bacaan puisi atau lain-lain lagi untuk acara ni? Hantarkan email korang kat pekansatay@yahoo.com selewat-lewatnya 2 November.

Projek Pekan Satay adalah satu projek kolektif seni yang bertapak di Kajang. Idea yang lahir dari sekumpulan kutu-kutu mamak yang sayangkan Kajang dan mahu menaikkan nama Kajang dengan menyediakan platform bagi mereka yang berbakat dalam seni untuk komersilkan bakat mereka. Ini adalah satu projek yang berterusan, kami sangat mengalu-alukan kontribusi seni anda untuk projek ini.

0 komen: