dia macam kau sudah tidur bersama dia, melihat dia menukar pakaian atau sedang mandi, tetapi tak pernah terlintas di kepala kau untuk bersenggama dengan dia hanya kerana kau terlalu sayang. itulah rasa yang wujud dalam hati Razak. Razak adalah seorang pemuda luar bandar yang membesar dengan fahaman 'kenal wanita untuk pasangan,' Razak tidak selesa untuk kenal gadis lain kalau sebagai kawan biasa tanpa unsur ghairah. tapi bagi Razak, Mona adalah berbeza baginya daripada perempuan lain. bagi dia Mona adalah istimewa. berbanding dengan Razak, Mona adalah seorang gadis urban yang lebih berfikiran terbuka dan mampu untuk mengasingkan antara nafsu dengan keperluan. dan Razak, yang baru lagi di kota metropolitan, perlahan-lahan memahami dan mempelajari pemahaman Mona. ujar Mona satu hari, "bila kita sudah semakin berusia, pasangan yang kita cari sepatutnya bukan lagi atas dasar hubungan pada waktu malam sahaja, kerana isteri adalah untuk sepanjang hidup kita. cari yang berbaloi." Mona akui sebelum ini, teman-teman lelakinya hanyalah mahukan dia sebagai suka-suka atau geli-geli. Razak sudah semestinya seorang lelaki yang sebegitu juga semasa muda. hubungan waktu muda kebanyakkannya memang begitu. mencari teman istemewa sebagai trofi atau barang perhiasan diri. Razak pertama kali bertemu Mona di sebuah kelab malam yang pada ketika itu Razak yang kebosanan sedang mencari kedai mamak untuk lepak pada tengah malam di kota yang masih lagi baru dan asing bagi dia. dan bagi Razak, teh 'o' ais pada malam itu adalah yang paling sedap dia penah rasa walaupun agak pahit. sejak dari hari itu, mereka tinggal bersama, berkongsi cerita masing-masing, mengenal hati budi masing-masing tapi tak pernah melakukan hubungan kelamin. sehinggalah, pada suatu malam, Mona menggoda Razak untuk beraksi. Razak berat hati. pada pendapat Razak, mungkin dirinya sudah belajar dari Mona untuk membezakan antara nafsu dan keperluan. Razak mengangkat Mona sebagai teman istimewanya, yang bukan untuk hubungan satu malam tetapi untuk sepanjang hidup. Mona menghormati kehendak Razak tersebut. "hubungan kita takkan berakhir dengan perkara ini, I janji," bilang Mona. Razak akhirnya akur. ya, Razak berjaya menjadikan Mona teman istemewa dia untuk sepanjang hidup, sehingga pada waktu pagi hidung dan mulut Razak melimpahkan darah yang pekat selepas minum kopi yang dijamu oleh Mona yang masih belum berpakaian. pada pagi itu, Mona telah mencapaikan cita-cita Razak, yang bertepuk sebelah tangan. sambil menatap wajah Razak yang sudah tak bernyawa, Mona berkata, "maaf, kerana nafsu aku adalah keperluan aku."
1 komen:
masih belum sempurna........bukan entry,entry ak rasa dah meruntun hati..tapi jiwa Razak......belum sempat berubah sepenuhnya,tapi dah pergi dulu...nice brother.
Catat Ulasan