4.12.11

Teori Duke

Cerita dia macam ni, adalah seorang pengembara yang bukan siapa-siapa tetapi perjalanan telah mengajar dia untuk membawa diri. Walaupun pengembaraan dia tidaklah sehingga merentas benua tetapi dia tetap mengembara satu persatu walaupun dalam jarak yang berdekatan. Maka tahulah dia rahsia pengembara bahawa yang mengubah diri mereka bukanlah pada tempat-tempat yang berlainan tetapi pada orang ramai yang mereka temui. Bagi si pengembara ini, andailah kita bagi nama dia Duke, bucu dan lekuk dirinya adalah dibentuk dari pengalaman, dan pengalamannya datang dari kebanyakkan orang yang dia temui. Duke kadang-kadang sengaja keluar berseorangan hanya untuk memerhatikan kehidupan orang ramai. Dia tahu macam mana satu perkara ini boleh jadi lebih seronok pada seseorang yang membosan berbanding pada orang lain dan bila sesuatu adalah lebih sedih pada orang lain berbanding pada seseorang yang sudah biasa; atau bagaimana antara sekumpulan orang yang hodoh ada satu yang paling cantik buat kau tertarik, tetapi bila kau bersama dia dan kemudian terserempak dengan sekumpulan orang yang cantik kau tersedar dia adalah yang paling hodoh jika dibandingkan dengan mereka dan vice versa. Pada satu masa yang lain pula, Duke kadang-kadang merasakan orang yang bodoh atau kurang pengetahuan adalah yang paling untung. Contohnya, dia takkan tahu apa itu sedih, apa itu penipuan ataupun pengkhianatan, dia hanya teruskan kehidupan dia macam orang bodoh. Biasanya, orang yang tahu sesuatu itu pasti mahu mencuba apa yang dia tahu lalu menjerumuskan diri mereka kepada satu komitmen. Lebih banyak seseorang itu tahu, lebih banyak komitmen yang dia ada. Orang kurang upaya sejak lahir juga untung. Mereka tak punya ramai kenalan sejak kecil untuk tahu apa perasaan punya kawan ramai. Kanak-kanak yang lahir pada negeri yang lapar pula takkan pernah tahu macam mana rasa kenyang yang kebanyakkan orang rasa, jadi dia tak perlu risau sangat tentang lapar berbanding dengan orang lain yang biasa kenyang. Dari apa yang diperhatikan Duke, dia buat satu konklusi bahawa tak ada orang yang sama dalam kehidupan masing-masing, setiap satu orang punya cerita yang berbeza. Jadi, semakin ramai orang yang kau kenal, semakin banyak perkara yang kau akan tahu dan semakin besar komitmen kau. Macam tu ke?

*semua kejadian dalam cerita ini adalah fiktif belaka, mohon maaf apabila ada kesamaan nama, tokoh, karakter ataupun peristiwa.

0 komen: