15.1.12

persoalan

Apa yang buat kau buta? Buta. Buta. Buat-buat. Buta.
Malam itu Jimi dan Farah duduk berdua didalam kereta dikawasan gelap melakukan perkara tak elok. Mereka melawan undang-undang, bermula dengan satu pertanyaan;
"Kau suka makan apa?" Tanya Jimi.

"Laksa penang. Kau?"

"Aku tak ada makanan kegemaran. Aku tak suka memilih."

"Kenapa pula? Semua orang ada kegemaran dia sendiri."

"Bila kau angkat sesuatu perkara tu sebagai kegemaran, kau akan taksub dengan dia. Terlalu banyak sesuatu akan buat kau jemu. Aku taknak berharap pada satu sangat sebab aku taknak hilang apa-apa walaupun satu."

"Bagaimana pula dengan aku? Kau jemu dengan aku?"

"Kau lain." Balas Jimi pendek.
Dia punya keterangan dia sendiri untuk soalan itu tetapi dia tak mahu melukakan hati Farah. Mereka berdiam semula didalam kepulan asap, menyusun kata dalam kepala masing-masing.
"Syurga, contohnya," Jimi mula bersuara semula, "kau rasa adil tak?"

"Maksud kau?" Farah keliru. Jimi terlalu laju pergi begitu jauh.

"Syurga menjanjikan segala perkara yang kita mahukan, kegemaran, dan syurga adalah ganjaran kekal untuk selamanya..."

"Kau takut kau berasa jemu dengan syurga?" Farah mencelah.

"Tak, aku keliru."

"Kau takut, dan bila kau takut, kau mahu mempersoalkannya. Kan?"

"Adakah kita memang tak boleh mempersoalkan apa-apa tentang perkara macam ni? Macam mana kita nak percaya kalau kita sendiri tak pasti?"

"Aku tak mampu nak cakap apa-apa pasal benda ni, aku tak layak sebab aku rasa aku pun tak betul."

"Jangan telan idea kau. Perangai kau memanglah bukan macam muslimah sejati, tapi idea daripada dua-dua pihak yang buatkan sesuatu perkara lebih jelas. Kita yang buat benda ni lebih jelas dengan persoalan kita sendiri. Diorang tak tahu apa yang kita rasa."

"Dan aku juga, tak tahu apa yang kau rasa. Sebab tu aku percaya, terlebih tahu hanya akan merosakkan, dan orang yang tak tahu adalah yang paling untung. Halal haram contohnya, ada orang kata kalau sebelum tu kita tak tau makanan tu haram tak berdosa kan?"

"Kau kata aku takut, sebenarnya kau takutkan perubahan kan?"

"Sudah lah, aku dah letih. Benda ni dah habis dah, bukak tingkap lah." Farah mengalah.
Jimi menekan buka keempat-empat tingkap kereta. Sebaik sahaja udara luar masuk, masing-masing menyedut udara segar dalam-dalam. Botol dilempar dari tingkap jauh kedalam semak.
"Kau suka part yang mana?" Farah bertanya cuba mengubah suasana.

"Aku suka part yang macam bunga api dalam pen tu, nampak artistik. Kau?"

"Aku suka part yang macam air soya tu. Aku lapar lah."

"Hahah, bodoh! Jom makan. Mana?"

"Mekdi lah, boleh refill banyak kali."

"Taknak laksa? Kau kan suka laksa." Jimi cuba berjenaka.

"Taknak lah, nanti jemu."

Kahkahkahkahkahkahkahkah!

0 komen: